Tuesday, February 3, 2015

Hasil kerja sebagai fotografer kahwin dan butik...saje aku letak tajuk panjang2

Assalamualaikum

Bulan januari. Baru melewati angka tarikhnya. Bulan yang sedikit lapang dari memegang kamera.

Ada beberapa perkara yang sedang mengisi ruang pertanyaan dalam ruang lingkup otak aku.

Kadang hidup tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun bukan bererti kita perlu mengalah. Bukan?

***



Ini pasangan dari Bangi. Punya bridesmaid yang ceria. Haha. Dan pertama kali juga shoot di Taman Hijau PutraJaya. Ramai yang amat.

 Ini pula Post Wedding. Sebenarnya mereka ini kenalan. Perempuan tu adalah MuA untuk Snappix Studio. Sudah berkahwin selama setahun. Moga terus dilanjutkan usia perkahwinan.





Ini pula job untuk butik Chemboja. Modelnya Sunshine seorang Chindian. Bukan seorang muslimah namun bila berhijab nampak seperti seorang Arab Muslimah. Walaupun ada beberapa kesulitan semasa proses shooting, alhamdulillah berjaya disempurnakan.



Ini antara latest artwork. Hasil kerja untuk Nurul Wonder Wardrobe dengan Syazwani Yunus sebagai model. First time bekerjasama dengan mereka. Shooting berjalan lancar. Senang berkerjasama dengan mereka.



Ini pula shooting sebaik sahaja selepas habis shooting NWW. ShawlStation butik. Terdapat pelbagai pilihan hijab disana termasuk bawal (yang kadang aku nampak seperti makin terpinggir). Model pula Nabila Asyikin. Muka baru dalam modelling namun semakin meningkat naik namanya. Mana tahu satu hari dapat menembus nama seperti model-model sedia ada such as Marfatin Riko, Syazwanie Yazip, Shaheera Abd Wahab, Adiela Ridzuan dan ramai lagi. Tak mustahil pon.

Cuma kadang aku terfikir, aku bukan lah sesuai sangat untuk menjadi fotografer model/butik. Hasil karya aku jika nak dibandingkan dengan fotografer lain, terasa sangat jauh.

Entah. Selagi ada orang nak aku shoot, dan itulah rezeki aku, aku teruskan. Perlu terus belajar.












No comments: