Monday, March 16, 2015

Jodoh

Assalamualaikum

Last week adik perempuan aku kawen. Buat majlis sederhana. Panggil sedara-mara jiran tetangga. Memang ada cadangan nak buat seperti kebiasaan (meriah,sanding,kompang,karaoke bagai) tapi aku membantah. Ma aku pun setuju supaya dibuat secara sederhana. Aku tak mahu bende baik ni jadi satu majlis yang membazir dan berlebih-lebihan. Lepas kahwin,adik aku lagi nak pakai duit nak bina keluarga baru. Biarlah sederhana. Moga didalam sederhana itu ada berkah Nya.

Dan seperti biasa, soklan2 untuk aku akan di azankan ditelinga aku. Buat muka tade perasaan.

"Tade calon ke Long?"

"Ntah-ntah ko dah kawin diam2 kat sana tak Long?"

"tahun depan paksa kawin Along ni KakMun"

"Majlis kawin Along, kite sponsor"

Korang ingat senang ke nak tekel Raisyyah Rania Yeap, Sari Yanti & Amyra Rosli sekaligus?

***

Aku pun target tahun ni ingin menmatkan zaman bujang. InsyaAllah. Calon? InsyaAllah. Sampai masa, ada la tuh. Aku berusaha. Allah tentukan. Semoga saja dipermudahkan segala urusan. Doa yang baik2.

3 comments:

Anonymous said...

uik...betul ke tade calon?? ke jual mahal kot...hahaha

Unknown said...

barang limited edisen...

Anonymous said...

Cerita cik kenari dah tak ada ke.