Monday, August 10, 2015

Rumah Dan Tangga

assalamualaikum

Lama sangat tak hapdet. Rasa nak tutup je blog nih pon ada. Dah makin kurang rasa ingin menulis.
Tapi rasa sayang. Biarlah. At least, satu hari nanti kalau cucu cicit aku nak kenal siapa lejen dalam keturunan dorang, boleh lah dorang rujuk blog aku nih.

Lately, aku dihadapkan dengan masalah rumahtangga orang. Satu persatu berakhir. Buat aku terfikir, apa sebenarnya yang kurang dalam hidup rumahtangga mereka sampai perlu berakhir sedemikian? berakhir dengan perceraian. Berakhir dengan penderaan. Berakhir dengan seksaan.

Bukan kah satu tika dulu, kamu semua berkaseh sayang? Mana pergi kaseh sayang itu?

Lama aku berfikir. Kenapa sekarang ramai yang bercerai?Kenapa makin ramai yang gila sampai dera isteri, dera anak, bunuh anak, maki apa semua. kenapa?

Otak aku cuma jumpa satu sebab.

Tiada lagi jiwa agama dalam jiwa mereka.

Ramai yg bersolat tapi mendera isteri. Ramai yang bersolat tapi bercerai juga. Betul. Aku tak nafikan.

Seperti yang aku tulis tadi. Mereka hilang jiwa agama. Bukan jiwa solat.

Mereka bersolat. Tapi benarkah jiwa mereka sama menunduk? Benarkah jiwa mereka sama bersujud?

Ia memberati jiwa aku. Kadang menyebabkan aku risau dengan generasi akan datang. Tapi, benarlah.

Kita umat akhir zaman. Kita umat di zaman penuh fitnah.

Bila jiwa tiada pengamalan agama, pengamalan rohani, jiwa itu kosong. Dan ia dihuni dengan perkara-perkara yang melalaikan. Yang membusukkan.

Dan kesannya, berlaku lah apa yang terjadi dihadapan aku. Perceraian. Penderaan. Ini belum dikira jenayah lain. Rogol, bunuh, minum arak, rasuah dan lain-lain.

Andai (insyaAllah) aku berjodoh satu hari nanti, aku harap aku mampu membahagiakan suri aku sepanjang hidup aku. Sampai aku dijemput pulang. Moga sahaja Allah memandu aku untuk membimbing suriku ke jalan yang diredhaiNya.

Aameen


No comments: