Monday, August 24, 2015

Tentang Hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah di atas segala limpah rahmat kurniaanNya. Begitu banyak rahmat yang diterima walaupun aku tau aku seringkali derhaka.

Alhamdulillah. Kini aku bergerak setapak lagi. InsyaAllah akan membekalkan buku-buku indie pada library-library di Malaysia. Sebab dah dapat jalan ke arah itu. Alhamdulillah. Semoga lancar. InsyaAllah.

Ini bukanlah usaha aku semata. Lebih banyak berusaha adalah Shah. Seorang yang sangat oppoturnist.

Terima kasih.

***

Aku dah melalui pelbagai episod hati. Cinta,kecewa,marah,sayang. Kalau dibukukan dah boleh menjadi sebuah novel. Mungkin seperti travelog. Travelog Cinta Seorang Asrol. Perkh...

Kalau tanya aku sekarang, aku penat untuk melalui semua itu. Aku bukan lagi mendambakan teman. Aku mahukan seorang isteri. Hati dah mula terdetik kembali. Harap jumpa jawapan dalam istikharah. Moga sahaja Allah memandu ke arah yang baik-baik.

Adakah aku kembali jatuh chenta? Tak.
Mungkin sekadar ada rasa kaseh.
Dan selebihnya...aku pulang kembali pada Dia.

***

Baru-barui ini berdiskusi dengan seorang teman. Perempuan. Bakal isteri pada bakal suaminya. Diskusi tentang hantaran,majlis kahwin dan lain-lain.(Dia bukan bakal zaujah ku...tak perlu meneka terlebih dalam. Dia sekadar partner jual buku)

Dia bersetuju dengan pendapatku. Hantaran itu tidak terdapat dalam agama kita. Ia sekadar adat. Ringankanlah pengantin yang baru hendak memulakan hidup bersama. Kenapa perlu pengantin lelaki menanggung perbelanjaan sebelah perempuan? sedangkan dia juga perlu menanggung perbelanjaan kenduri disebelahnya. Kalau rasa mampu untuk 200 tetamu, buatlah sekadar itu. Kalau rasa mampu menjamu tetamu dengan bihun goreng, buatlah sekadar itu. Tak perlu karaoke. Tak perlu kompang. Budaya dan adat kita lebih banyak membazir.

Timbul isu mas kahwin. Pada aku bab mas kahwin, ia adalah hadiah untuk isteri. Berhabis sedikit untuk isteri untuk menyenangi hatinya tidak mendatangkan mudarat pon.

Utamakan agama dulu sebelum adat. Janganlah sampai kita mengundang murkaNya pada hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia kita.

No comments: