Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya

Bismillahirahmanirahim...

Selamat hari raya Eidulfitri semua...

Alhamdulillah...selamat pulang dan selamat kembali dari kampung.

Jalan yang sangat teruk jem. Kebiasaannya aku mengambil masa sekitar 5 jam dari Dungun-Shah Alam. Tapi semalam hampir 8 jam!! Biasanya aku tak rasa sangat jem sebab aku suka drive waktu malam pada hari akhir. Tapi semalam sebab ada sedikit hal, aku perlu untuk bergerak pada siang hari. Ini kali ke-2 aku rasa jem yang sangat teruk. Biasanya takat jem ringan-ringan.

Bila lah Malaysia nak ada BulletTrain dari Shah Alam-Dungun. Lebih bagus ke Kg Rahmat.

Raya kali ni didalam demam dan selsema yang teruk.

Cuma tengahari raya pertama tu aku gagahkan juga drive untuk ke rumah makcik aku di Kuala Terengganu.

Sebab semua family berkumpul disana. Biasalah kalau dah berkumpul ramai-ramai. Baru terasa meriah. Itupun ada satu family yang tak dapat hadir.

Raya kedua aku ke Ladang Ternakan Kambing kepunyaan PokCek sebab nak pilih kambing untuk majlis aqiqah anak paksu aku. Dapat lah harga kawan-kawan. Paksu aku sampai terlopong melihat ladang yang seluas 50ekar.

Raya ke empat aku dah gerak ke Dungun. Beraya di sana pula.

Raya sekadarnya sahaja tahun ini. Alhamdulillah. Berjaya mengelak dari berboros.Hehe.

Selamat memulakan kerja ye semua.

Sunday, August 4, 2013

Bersyukurlah...seadanya

Malam tadi....

Tetiba bersin tak berhenti. Sangat gatal dalam hidung.

Sampai jam 3 pagi. Kepala dah senak. 

Pagi ni kahak bersama darah. Mungkin keronkong ku luka akibat bersin yang berterusan.

Tak larat sangat.

27 Ramadan.

***

Tahun ni sambutan hari lahir jatuh dalam bulan Ramadan. Terima ucapan-ucapan di FB,Wassap & Sms.

Dan pada 22 Ramadan, adalah tarikh lahir aku mengikut bulan Islam. Hampir diantara satu sama lain.

Tapi tiada ucapan. Tiada kata. Hahaha...Kerana kita terdidik dengan kiraan Masihi dan bukan kiraan Hijrah. Terdidik dengan kiraan matahari dan tidak kiraan bulan.

***

Ada sesuatu yang ingin ditulis. Cuma tak mampu. Tak terjumpa ayat yang sesuai. 

Kita sentiasa cuba menjadi lebih baik. Menambahbaik ilmu agama. Menambahbaik amal. Malah menjadikan Rasulullah saw sebagai idola. Kita memandang sesuatu perkara yang besar. Solat, Puasa, tahajjud dan lain-lain.

Cuma kadang kita terlupa, Rasulullah saw juga mengajar kita memuliakan insan-insan lain. Tetamu kita. Rakan kita. Mereka yang dihadapan kita.

Cuma kadang kita terlupa, Rasulullah saw juga mengajar kita sifat sabar.

Cuma kadang kita terlupa, Rasulullah saw juga mengajar kita sifat rendah hati.

Cuma kadang kita terlupa, Rasulullah saw juga mengajar kita berbahasa yang indah.

Kadang kita selalu terlepas pandang perkara yang pada pandangan kita, KECIL.

Astaghfirullahalazim.

***

Kadang kita manusia (termasuk aku...sebab aku bukan malaikat)...lupa untuk bersyukur.


Wednesday, July 31, 2013

Ramadan 2013

Ramadan 2013

Ramadan kali ini masih juga seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada apa yang berbeza sangat.

Masih terus mencuba untuk terus meningkatkan amalan yang sedikit. Risau jika tidak lagi bertemu ramadan.

Entah kenapa, sepertinya ini ramadan terakhirku. Harap dipanjangkan umur didalam keimanan. Mungkin sekadar mainan perasaan.

Baru-baru ini ditegur seseorang. Nampak semakin berisi. senyum

Sebenarnya aku sendiri pelik. Sebab apa yang berlaku sebenarnya adalah berat badan aku menyusut. Entah. Berat aku menyusut dari 2-3 bulan lepas.

Minggu ini agak merisaukan aku sendiri. Tekanan darah rendah. Perlu menjaga pemakanan.

Mungkin faktor kurang rehat kebelakangan ini. Disamping tidur yang semakin kurang.

Alhamdulillah. Ramadan kali ini datang membawa rezeki dan khabar gembira. Cuma sendiri perlu terus berusaha keras.

Persiapan raya untuk tahun ini aku cuba minimakan untuk diri sendiri. Cukuplah sehelai jubah. Alhamdulillah aku masih mempunyai pakaian untuk menutup aurat. Cukuplah sekadarnya.

Selamat beribadah sahabat-sahabatku yang baik. ^_^

Tuesday, July 9, 2013

KurniaanNYA

Kita dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t dengan bakat dan kelebihan yang tersendiri. Ada yang berbakat dalam melukis. Ada yang berbakat dalam berbicara. Itu semua kurniaan Allah s.w.t Yang Maha Agung.

Ianya bukanlah sepertimana kita bangun pagi dan berkata "aku ingin menjadi penulis hari ini" dan hari itu berlalu pergi dengan kita menyiapkan sebuah karangan 380 patah perkataan. Adakah ia semudah itu?

Semasa zaman pembelajaran aku di School of Art & Design dulu, aku dikelilingi oleh insan-insan yang sangat berbakat dalam dunia seni. Aku menggunakan perkataan seni kerana perkataan itu lebih luas berbanding jika aku khususkan kepada seni catan, seni seramik atau seni logam halus contohnya.

Perlu juga untuk aku akui, bakat yang ada pada aku tidak sehebat mereka. Mungkin aku tidak cukup berseni. Aku cuma seorang peminat seni. Minat dan bakat adalah perkara yang berbeza.

Namun ramai dikalangan mereka yang ku angkat menjadi benchmark, akhirnya mereka pula yang gugur sebelum sampai garisan penamat. Entah dimana silapnya. Sayang.

Semoga dengan bakat yang tidak seberapa ini, aku akan terus gagah untuk berseni. Walau mungkin acapkali tersembam.

Monday, July 8, 2013

Hilang kata-kata.

Esok akan tiba salah satu hari kebesaran bagi umat Islam. Hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang dirindui oleh setiap jiwa-jiwa yang beriman.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak sahabat-sahabatku yang baik.

2 hari lepas aku mendapat khabar yang mengejutkan. Sangat mengejutkan aku.

Gitaris band aku mungkin akan dihantar ke Hospital Sakit Jiwa. Terduduk aku mendengar khabar.

Pada aku dia seorang yang sangat-sangat talented. Gifted. Pernah merancang untuk buat projek khas bersama dia untuk terbitkan lagu.

Hope dia cepat pulih.

***

Hilang kata-kata.

Wednesday, July 3, 2013

Julai

Assalamualaikum wbt

Dah masuk julai. Sekejap je dah melepasi separuh tahun. Seperti baru semalam segala-galanya berlaku. Masa terus berlalu sebagaimana hela nafas yang terhembus.

PRU13 telah berlalu pergi. Namun masih lagi kita dengar suara-suara politikus yang terus hebat berpolitik. Adakah semuanya pun seperti didalam Naratif Ogonshoto? Entah. Sudut daifku sekadar mengiyakan.

Separuh umur terus berlalu. Sedang nafsu terus menginginkan sesuatu. Mencandukan dunia. Terus melayang mencari dan melilau cinta laksana cinta Fansuri. Jua terus menapak dahaga mencari cinta Rabb. Namun mungkin bukan seindah cinta kekasih-kekasihNYA. Malah mungkin kisah Siddharta Brahmin lebih menarik untuk dipenglipurlarakan.

Tahun yang menggelojak jiwa. Bagai menelusuri bait-bait puisi AbdullahJones. Namun benar, nikmat yang dikurniakanNya jauh lebih melimpah dari sedikit ujian yang dihadiahkan. Itulah tanda kasih dan sayangNya.

Bersangka baiklah. Dan teruslah bersyukur. Alhamdulillah.


Wednesday, June 19, 2013

Malas

Malas nak menaip...
Malas nak update...

Okeh... Saya Malas segala-galanya.

Hari Malas sedunia...