Monday, February 25, 2013

Gumam

Assalamualaikum...

Ku mulakan tulisan dengan lafaz Bismillah..moga Allah memandu tulisanku agar ia memberi manfaat kepada yang membaca. Yang baik itu dari Dia. Yang teruk itu aku.

Diam tak diam, dah lama jugak aku menjadikan ruangan ini untuk melontarkan pendapat-pendapat yang sepi. Gumam suara yang kelu. Aku teringat tentang satu  tulisanku dulu. Betapa aku berharap aku dikurniakan seorang teman yang boleh menjadi tempat aku meluah sesama manusia. I wish that.

Semakin kita jauh berjalan. Melatari kehidupan kita. Semakin kita mendapat pelajaran. Benarlah, Jalanan adalah tempat memperolehi pengalaman dan pengajaran. Kita akan sentiasa belajar. Tentang apa sahaja. Samada secara langsung atau tidak. Kita kutip perlahan-lahan. Membentuk ia menjadi sebahagian dari diri kita.

Dulu. Aku lebih senang memendam semua perkara. Sekali sekala terluah pada rakan-rakan. Namun kebanyakkan dari kisahku, aku simpan untuk diriku sahaja. Penat, lelah, meraung, menangis..biar saja aku yang tanggung. Mereka tidak perlu tahu. Kerana pada aku, rakan-rakanku perlu sentiasa gembira bila bersamaku. Dan aku bermohon didatangkan seseorang yang aku boleh meluah apa saja yang telah terbuku. Membentuk barah dalam diri.

Namun, percayalah. Hanya Allah saja yang layak. Hanya Dia. Dia yang mendatangkan cubaan dan dugaan pada kita. Jadi selayaknya hanya kepada Dia kita pulang. Namun kita manusia. Lemah. Kadang kita lupa. Kadang kita alpa. Dan aku, hanya manusia yang seringkali alpa dan lupa. Aku hanyalah manusia yang seringkali derhaka.

Mungkin dari pengalaman yang lepas membentuk aku hari ini. Seseorang cuba untuk sentiasa berpegang pada kata. Sentiasa cuba untuk adil. Namun itulah aku. Manusia. Dan bukan malaikat. Sering akan tersasar. Adil? Wujudkah adil dalam manusia?senyum

Aku juga pernah berdoa tentang sesuatu. Dan akhirnya, aku rasa aku telah menemukan jawapan. Walaupun pelajaran yang sangat pedih, namun itulah nama ubat. Kerna yang pahit itu Ubat. Maka kita selayaknya hamba, cubalah untuk sentiasa belajar tentang satu perkataan. REDHA.

Dan ia bukan lah semudah kita mengucapkannya.kan? senyum




No comments: