Thursday, February 21, 2013

Teguran Dari Allah

Assalamualaikum...

Lama tak hapdet. Juz buka blog & baca blog orang lain.

Minggu ni selepas kelas, sempat minum-minum ngan ustaz. Berborak panjang setelah beberapa minggu tidak sempat bersembang.

Setiap kali berborak dengan ustaz, tidak pernah lari dari topik agama. Itu yang membuatkan aku seronok berbual dengan beliau. Lagipun aku suka memandang wajah ustaz yang sangat tenang. Damai sedang didalam tiada sesiapa yang tahu. Kan?hehe

Sepanjang berbual dengan Ustaz, terkeluar topik tentang teguran dari Allah kepada Rasulullah saw sehingga turunnya surah Abasa.

Soalan ustaz kepadaku "duke tau siapa muazin yang kedua selepas Bilal Bin Rabah?"

Aku sekadar menggelengkan kepala kerana cetek ilmuku.

Ustaz memulakan bicara.(Izinkan aku meringkaskan)

"Pernah datang seorang sahabat yang buta pada Rasulullah saw untuk meminta pertolongan. Namun Rasulullah saw memalingkan muka baginda kerana marah (diatas kesalahan sahabat itu-lupa untuk bertanya). Selepas sahabat itu berlalu, maka turunlah surah Abasa"


[1]Ia memasamkan muka dan berpaling,

[2]Kerana ia didatangi orang buta.

[3]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

[4]Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

[5]Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

[6]Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

[7]Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

[8]Adapun orang yang segera datang kepadamu,

[9]Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

[10]Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

[11]Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat 
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

Ustaz meneruskan lagi " Dan sahabat yang buta itulah muazin kedua selepas Bilal Bin Rabah"

Aku terus bertanya pada ustaz "Ustaz, macam mana kita nak mengawal marah,sakit hati, kecewa, dan sebagainya tu?"

Ustaz tersenyum. Selepas meneguk air dihadapan beliau, beliau berkata "saya sendiri dah lama berperang dengan marah. Cuma kita kena selalu ingat, marah itu pintu syaitan. Sekarang saya amalkan..setiap kali terasa marah, saya akan tanya "siapa/apa yang aku nak marah?" "kenapa kita perlu marah?". Semua yang terjadi adalah sebab Allah. Jadi untuk apa kita marah? Seperti kalau kita marah, indirectly kita memarahi Allah. Siapa kita nak marah Allah? Kita tak layak. Kita hamba. Hanya Dia yang layak marah kita. Namun kita manusia. Kadang-kadang saya juga terlepas. Cuma cepat-cepatlah muhasabah dan mohon maaf."

Aku terpegun. Kerana tetiba rasa diri ini penuh salah. Penuh dosa. Perkataan ustaz betul-betul mengesankan hati aku.

Rasulullah saw yang agung dan kekasih Allah ditegur kerana memalingkan muka.

Jadi siapakah aku jika nak dibandingkan dengan Rasulullah saw? Jauh...Tak mungkin terbanding.
Kalu memalingkan muka apabila berhadapan dengan orang lain adalah satu kesalahan yang ditegur sendiri oleh Allah, berapa banyak kali telah aku melakukan kesalah? Malah jauh lebih teruk. Astagfirullahal 'azim.

Sama-sama lah kita muhasabah.

No comments: