Thursday, August 13, 2015

Rumah Tangga II

Assalamualaikum

Datang lagi kes-kes hendak bercerai. Kadang macam kaunselor or peguam syariah dah aku rasa.
Lepas raya nih, termasuk yang terbaru dah 5 kes bercerai.

4 darinya kes salah dapat laki. Ingat manusia rupanya binatang. Kalau takpon, setan.

1 darinya pulak kes selisih faham sampai melarat pada keluarga.

Kene pukul. Kene dera. Kene ugut bunuh. Apa ko pikir bini ko punching bag? Baghal tak abes.

Pastu dah cerai tuduh bini macam-macam pulak. Eh? bekas bini. Baghal tak sudah.

Ada pulak tu muka naif gile. Macam baik yang amat. Setan kalau dah menyamar, memang hampir perfect. Baghal. Ok dah abes baghal.

Tolong lah perempuan. Selepas ni, tolong lah pilih yang ade jiwa agama. Yang solat. Yang bertanggungjawab. Kalau terkena jugak, itu aku takleh cakap apa.

Aku tak nafikan yang bersolat pon ade yang jahat. Pakai kopiah tapi merogol. Ade jer. Tapi itu lah setan. Sebab tu aku suka sebut jiwa yang beragama. Bukan sekadar nampak beragama pada fizikal.

Yang lelaki, kalau ko ade niat semata kerana nafsu, lebih baik ko cari pelacur. Jangan diseksa anak orang. Jangan sampai ko mati kene bunuh.

Aku ni nak kawen tapi belum jugak ketemu zaujah ku. Agaknya dia tengah sesat cari aku. Takpe. Tapi ini dah berjodoh, dapat yang cantik-cantik pulak tu. Tapi korang sesiakan amanah Allah. Korang seksa pulak dorang.

Sanggupnya hati korang....macam mana lah mak bapak korang ajar korang jadi manusia? Aku tak salahkan mak bapak 100%. Ade jugak yang jahat padahal bapak imam masejid.
Cuma mostly anak yang gagal daatang dari keluarga yang gagal. Maksud gagal aku adalah gagal rohani. Bukan gagal jasmani or lahiriah.

Jangan kita jadi setan  kawan-kawan




1 comment:

Anonymous said...

Ajar diri n anak2 utk biasa berdoa terutama utk dpt jdh yg baik buat dunia n akhirat. Kita ni hambaNya, pohonlah kpdNya.
Buat anda, cari zaujah tu cepat2. Jangan biar dia terus sesat cari anda.