Wednesday, February 26, 2014

Kita....Hamba.

Assalamualaikum...

Dalam hidup ni, kita akan selalu dihadapkan dengan pelbagai isu. Pelbagai masalah. Pelbagai karenah. Bergantung pada kita cara mana kita berfikir. Cara mana kita menangani.

Ada yang membuat keputusan secara terburu-buru bila dihadapkan dengan satu masalah. Ada pula antara kita yang sentiasa cuba mengupas isu terlalu dalam sehingga menyentuh keperibadian orang lain. Ada pula yang suka berfikir menggunakan logik akal semata. Itulah antara karekter yang ada dikalangan kita.

Mungkin disebabkan aku seorang yang berfikir secara ringkas menyebabkan aku tidak memahami manusia yang berfikir secara terlampau kompleks.

Mungkin disebabkan aku seorang yang cuba mencari dalil agama terlebih dahulu sebelum menggunakan logik akal menyebabkan aku tidak selalu sependapat dengan mereka yang memandang dengan logik akal mereka.

Mungkin disebabkan aku tidak suka terlalu memikirkan sesuatu masalah secara tertekan/menumpukan/(berfikir term yg sesuai...tak jumpa) menyebabkan aku tidak memahami orang-orang yang kelihatan tertekan dan melepaskan tekanan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.

Mungkin disebabkan aku selalu cuba untuk sentiasa berfikir positif (walau bukan kadang-kadang aku terbabas) menyebabkan aku tidak mampu memahami mereka yang selalu cuba berfikir dan bertindak negatif.

Aku tidak suka menilai manusia sehingga aku mempersoalkan niat seseorang. Pada aku cukuplah apa saja yang aku nampak. Bersangkan baik lah. Berlapang dadalah dengan manusia lain. Jangan persoalkan niat mereka. Bukan kerja kita mempersoalkan niat manusia lain. Jika dia ikhlas, pahala lah untuknya. Jika dia munafik, dosalah untuknya. Jangan ditambah dosa kita yang kian meleret dengan dosa yang lain pula. Jangan sampai kita mempersoalkan urusan takdir dan hidayahNya. Apa yang melibatkan urusanNya, serah saja pada Dia. Dia lebih Mengetahui.

Ada pula yang aku lihat meremehkan agama. Astaghfirullah.  Kadang tanpa sedar, kita sendiri meremehkan agama. Meremehkan HakNYA. Kita lewatkan solat malah ada yang meninggalkan solat. Kita jarang mengingatinya. Kita meremehkan hukumNYA.

Dengan alasan,

Allah itu Maha Pengampun.

Adakah kita tahu bila kita dijemput pulang? Bila nyawa kita bakal direntap Izrael? Pastikah kita bahawa kita sempat bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun?

Janganlah disebabkan sifat pemurahNya, kita memandang mudah hukumNya. Kita meremehkan hukumNya.

Kita ini bukan sesiapa. HambaNya sahaja. Mohon sedar. HAMBA!!

Moga kita semua sentiasa dalam ampunanNya dan rahmaNya.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 18, 2014

The LEGO® Movie - Official Main Trailer [HD]





Assalamualaikum...



Baru-baru ni sempat menonton movie  The LEGO. Sebetulnya sudah hampir setahun aku tak masuk panggung wayang. Last movie yang aku tengok di panggung The Olympus Has Fallen. Lebih kurang bulan 3 tahun lepas. Itu pun niat asalnya nak tengok movie Rock Oo tapi dah tak ditayangkan. Movie TOHF pulak dicadangkan oleh brader yang jual tiket tuh.



Isnin lepas, tak semena-mena je idea nak tengok wayang tu timbul time melepak. Aku pulak disebabkan memang dah lama sangat tak masuk wayang, ikut je lah. Tengok wayang hari isnin pada waktu malam, heaven!!aku siap dapat berlunjur kaki, mengiring kiri kanan.



Citer LEGO ni quite okay lah. Unik pada aku. Kreatif. Walau pun ada sesetengah babak tu dicedok dari movie lain, aku abaikan sebab ia diolah dengan agak baik. Lagi pun, seni itu bermula dengan peniruan. huhu.



Dari sudut lain, cuba bayangkan kalau kehidupan kita seperti lego yang digam dan tak bergerak. Melalui rutin yang sama. Menyanyi lagu yang sama. Dan mandi dengan air block berketul!!~fuhhh...(berpeluh dahi)



Ahad ni for the first time aku akan assist fotografer lain untuk satu wedding. Seriously sebab aku tak pernah ambil job jadi assist dah agak lama buat aku rasa seperti teruja. Dapat lihat cara orang lain berkerja. Cedok ilmu. Jom Shoot!!



Assalamualaikum

Friday, February 7, 2014

Pulang Ke Halaman

Assalamualaikum...

Last week pulang ke Setiu Terengganu. Tapi percutian kali ini ada sedikit "kurang".

Aku asthma. Malah terpaksa ke Hospital Besar Setiu untuk dapatkan rawatan Nebulizer.

Cuaca disana sangat sejuk. Betul-betul macam ais rasa bila nak berwuduk waktu subuh.

Tengahari pula sangat tenang dan nyaman.

Dah macam oversea.

Sempat jugak makan apam berkuah. Resipi istimewa family aku. Memang tak jumpa tempat lain.

Ramai yang menyangka kuah tu adalah kari. Kuah tersebut bukan kari, bukan gulai. Kuah tersebut adalah adunan istimewa rempah-rempah,kelapa,ikan dan beberapa lagi bahan.

Hujung bulan ini pulang lagi atas urusan kerja. Terfikir jugak sekali sekala, nak cari kerja di terengganu.

hmm???

Sunday, January 26, 2014

Bulan Januari

Assalamualaikum

Wah.. lamanya tak menaip disini. (sapu-sapu habuk)

Okay...nampak kemas sikit.

Sabtu lepas ada shoot di satu kelas anjuran My Ideal Weight.  Kelas yang mengajar cara pemakanan yang betul, detox, senaman, kesihatan dan lain-lain.

Aku mula shoot pada jam 9 pagi - 6 petang. Banyak juga yang aku pelajari sambil shoot tu. Kalau sesiapa ingin mengikuti kelas My Ideal Weight tu, boleh kontek aku. Nanti aku bagi no kontek Puan Nurul iaitu owner My Ideal Weight. Sangat-sangat di recommend oleh aku. Sangat bagus!

Baru-baru ni alhamdulillah dapat rezeki lebih untuk beli kamera baru. Semoga memudahkan lagi aku untuk terus berkerja dalam bidang yang aku cintai ini. Bidang yang buat aku lena beradu didalamnya.

Semalam aku berkesempatan untuk bertemu dan berbual dengan Felixia Yeap. Lepas habis shooting di studio, aku,azam dan felixia ke Plaza Massalam sebab azam nak mencuci gambar. Selepas itu kami sempat makan tengahari. Jadi agak banyak jugak lah perkara yang diperbualkan bersama.

Aku bukan seorang yang cekap untuk menilai manusia lain. Cuma apa yang aku dapat simpulkan dari sesi sembang-sembang tu, Felixia seorang yang humble. Dan seorang yang sangat menjaga batas. Mungkin ada yang melihat dia sebagai seorang playboy bunny. Mungkin ada yang melihat dia seorang yang seksi.

Aku melihat dia dari sudut seorang manusia yang berjuang untuk berubah menjadi lebih baik. Walau apa jua niat disebaliknya, itu bukanlah urusan aku untuk menilai. Aku serah urusan hati kepada Yang MAha Menjaga Hati. Semoga yang baik-baik saja. Kan?

InsyaAllah. Aku akan menulis lagi.

Assalamualaikum.

Monday, December 30, 2013

Bulan Penutup

Assalamualaikum...

Pertama-tamanya....

Syukur Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk terus bernafas. Syukur Alhamdulillah atas kurniaNya yang sungguh banyak. Alhamdulillah.

Bulan terakhir tahun 2013. Bulan yang penuh dengan kejutan untuk aku. Bulan yang diberi rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah. Sehingga menimbulkan rasa takut. Ujian itu datang bukan sekadar dalam bentuk kkesusahan, kesengsaraan, penderitaan, kesedihan, kelaparan, kesakitan dan lain-lain.
Ujian juga datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan, kekenyangan, kelapangan dan lain-lain.

Dan aku risau jika aku terbabas dalam ujian kali ini. Moga kita semua diberi petunjuk olehNya. Amin.

Hari ini, datang seorang teman. Mengajukan suatu yang berat untuk aku tunaikan.

Temanku berkehendak, inginkan aku mengajarnya Bertajwid.

Sebab aku sendiri masih banyak yang perlu diperbetulkan. Rasa risau jika salah ajaran. Ini bukan ilmu foto. Ini ilmu Al-Quran. Cuba untuk menolak. Tapi rasa tak sampai hati. Lantas...

"saya cuma boleh berkongsi. Saya belum layak untuk mengajar"

Semoga Allah memandu aku dalam menyampaikan kalimah-kalimahNya. Amin.

Monday, December 16, 2013

Hidayah Itu KurniaNya

Assalamualaikum

Hari ini terbaca satu news yang membuat aku tersenyum. Teruja. Seronok. Inspired me.

Kisah seorang model Malaysia yang telah menempatkan nama diperingkat antarabangsa yang terbuka hati untuk berhijab. Biasalah tu citer-citer macam ni.

Cuma yang menjadikan cerita ini satu kisah yang bukan biasa-biasa adalah dia belom lagi kembali menganut Islam. She is not revert yet.

Nama beliau Felixia Yeap. Seorang yang bukan Islam belajar untuk berhijab dan menutup aurat. Dan juga mula menolak tawaran modelling yang memerlukan dia mendedahkan badan. Aku kagum. Siriyesli.

Untuk menolak dunia dan memilih ketenangan hakiki. Bukan semua mampu melakukan itu. Ramai dikalangan muslimin muslimat sendiri terpedaya dengan kecantikan palsu dunia.

Felixia Yeap. Semoga Allah mengurniakan kamu hidayah. Dan semoga perlindunganNya dan rahmatNya sentiasa bersama kamu. Semoga kamu kembali bersama kami di dalam Islam.Amin.

Seorang temanku, mengkhabarkan padaku. Dia akan memulakan kelas Al-Quran (Telah pun dimulakan sewaktu entry ini ditulis). Alhamdulillah. Tiada yang lebih indah dari mendapat khabar seperti kedua-dua khabar ini.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua. Amin.


Monday, November 25, 2013

Corat coret

Assalamualaikum....

Pertama sekali ingin aku rakamkan ucapan takziah untuk X-klasmet seramik aku. Tengku Norasyikin atau lebih senang ku panggil Kak Engku di atas kepulangan pakcik beliau ke Rahmatullah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman,soleh dan diredhai Allah swt. Amin.

Kedua, sedang merancang untuk pulang ke Terengganu. Mungkin ambil cuti sedikit lama berbanding biasa. Ingin menikmati musim tengkujuh disana. Weeeeeeeeeee...... Dan ingin menikmati masakan makcik aku.(Lately dia sering tag kan gambar-gambar makanan yang dimasak di FB aku...sungguh menggiurkan).

Ketiga, setelah lama tak menulis, rasa seperti berkarat. Cerpen aku baru separuh terhasil. Idea banyak cuma nak menyusun ayat menjadi kesukaran. buat muka blur...(krik krik krik).Hope dapat disudahkan dalam minggu ini. or minggu depan.

Keempat, ahad ini akan diaakan majlis tahlil dan bacaan yassin di Snappix Studio yang berlokasi di Alam Avenue, Padang Jawa. Di jemput semua hadir. Boleh kenal-kenal studio. Boleh jugak jumpa untuk sembang-sembang.

Kelima, berkurun sudah upacara ritual melepak sampai pagi sambil bersembang ilmiah dengan rakan-rakan tidak aku lakukan. Last week, sempat melepakkan diri sambil berbual ilmiah dengan Shah sampai jam mencecah 4 pagi di kedai minum. Topik perbualan? Isu-isu agama,hadis ulama dan perkongsian ilmu tajwid. dan disulami topik artis cth Tiz Zaqyah, Fazura, Jue Aziz dan betapa tidak kuatnya Manchester United season ini.

***

Tajuk Sukan Metro : Cardiff City Setaraf Manchester United.

Aku rasa kurang tepat. Manchester United setaraf Cardiff City...Itu yang sepatutnya.

Ok..Bai.