Assalamualaikum
Cuti raya cina kali ni sempat juga balik kampung walopon cuma sekejap. Takpelah. At least balik jugak.
Balik kampung menumpang kawan aku yang kebetulan ke Terengganu sebab abang dia kahwin dengan orang terengganu.
Yan, Abg Zul (suami Yan), Adik & Kakak (anak2 Yan) & si manis Zainab.
Ni 1st time aku jupe Zainab selepas beberapa tahun. Dulu dia praktikal kat tempat aku berkerja. Tapi siyesli aku lupa Zainab penah praktikal kat Ara.
Aku follow insta Zainab lepas diperkanalkan oleh yan.(aku lupa atas urusan apa, cuma mungkin Yan ingin menunjukkan hasil mekap dia yang ditacap pada Zainab).
Aku sangat tertarik dgn hasil2 artwork Zainab. Seorang yang bukan berkelulusan art tapi hasil artnya sangat2 menarik. Kreatif. Pada aku, Zainab ni gifted.
Boleh lah folow insta dia - @zainabahmad24.
Aku selalunya mudah menjadi teruja bila jupe dgn org2 yang gifted nih. Cuma kali perlu behave. Aku tak biasa sangat dgn Enab. kedua, zainab pon tak biasa dgn aku.
Tapi semasa di melalui kawasan Pantai Kuala Abang, Aku ckp kat Abg zul "kat depan seelepas selekoh ni ada port cantik"
Tak sempat lama lepas tu aku dengar suara Enab "benti jom benti jom". Nampak sangat eksaited dapat tgk pantai.Hahaha.
Aku pun rasa teruja jadi pemandu pelancong pada Yan 7 family dan Enab. Menunjukkan sisi Terengganu yang jarang diketahui orang luar.
Apa pon, seronok dapat hangout dgn mereka.
Assalamualaikum.
Sunday, February 22, 2015
Tuesday, February 3, 2015
Hasil kerja sebagai fotografer kahwin dan butik...saje aku letak tajuk panjang2
Assalamualaikum
Bulan januari. Baru melewati angka tarikhnya. Bulan yang sedikit lapang dari memegang kamera.
Ada beberapa perkara yang sedang mengisi ruang pertanyaan dalam ruang lingkup otak aku.
Kadang hidup tidak menjadi seperti yang diharapkan. Namun bukan bererti kita perlu mengalah. Bukan?
***
Ini pasangan dari Bangi. Punya bridesmaid yang ceria. Haha. Dan pertama kali juga shoot di Taman Hijau PutraJaya. Ramai yang amat.
Ini pula Post Wedding. Sebenarnya mereka ini kenalan. Perempuan tu adalah MuA untuk Snappix Studio. Sudah berkahwin selama setahun. Moga terus dilanjutkan usia perkahwinan.
Ini pula job untuk butik Chemboja. Modelnya Sunshine seorang Chindian. Bukan seorang muslimah namun bila berhijab nampak seperti seorang Arab Muslimah. Walaupun ada beberapa kesulitan semasa proses shooting, alhamdulillah berjaya disempurnakan.
Ini antara latest artwork. Hasil kerja untuk Nurul Wonder Wardrobe dengan Syazwani Yunus sebagai model. First time bekerjasama dengan mereka. Shooting berjalan lancar. Senang berkerjasama dengan mereka.
Ini pula shooting sebaik sahaja selepas habis shooting NWW. ShawlStation butik. Terdapat pelbagai pilihan hijab disana termasuk bawal (yang kadang aku nampak seperti makin terpinggir). Model pula Nabila Asyikin. Muka baru dalam modelling namun semakin meningkat naik namanya. Mana tahu satu hari dapat menembus nama seperti model-model sedia ada such as Marfatin Riko, Syazwanie Yazip, Shaheera Abd Wahab, Adiela Ridzuan dan ramai lagi. Tak mustahil pon.
Cuma kadang aku terfikir, aku bukan lah sesuai sangat untuk menjadi fotografer model/butik. Hasil karya aku jika nak dibandingkan dengan fotografer lain, terasa sangat jauh.
Entah. Selagi ada orang nak aku shoot, dan itulah rezeki aku, aku teruskan. Perlu terus belajar.

Tuesday, January 20, 2015
Full House
Assalamualaikum
It's been a while since the last day i wrote here. Sebenarnya tiada apa yang menarik sangat untuk ditulis.
Ketika bercuti di kampung baru-baru ini, aku banyak menhabiskan masa di rumah. Maklum sahaja ketika itu musim bah dan hujan di Terengganu. Selain dari ke rumah pakcik aku di Kuala Terengganu, aku hanya habiskan masa di rumah aku di Setiu. Menemani Ma aku sementara aku ada masa terluang. Aku juga tinggalkan 2 "sahabat rapat" selama ini. Laptop dan kamera.
Aku kembali membelek album-album lama yang aku tinggalkan sekian lama. Lukisan-lukisan aku serta pelbagai artwork yang pernah aku hasilkan ketika aku masih bergelar penuntut.
Rindu.
Tentu saja memori aku di UiTM Machang adalah yang paling banyak aku kenang. I should say, that is the best time i had in my life. Jatuh bangun aku, gelak tawa, tangis sendu dan pelbagai lagi ingatan yang takkan mungkin dapat aku padam.
Sepanjang di kampung bercuti, terjebak kembali menonton saluran korea. Gara-gara melayan karenah sepupu-sepupu kecilku (lagipun aku akan kalah dalam perebutan remote). Menonton drama korea yang aku tak tahu tajuk apa. Cuma yang kembali menarik perhatian adalah Running Man. Setelah lama aku tidak menonton game show tersebut, baru kali ini aku menontonnya kembali.
Paling menarik dalam episod yang aku tonton aalah episod 225. Aku anggap itu adalah satu susun atur game yang genius. "Menghapuskan" lawan dengan menulis. It's so cool!!.
Kembali ke Shah Alam, aku kembali teringat Running Man. Aku kembali mencari episod-episod yang seronok untuk ditonton dengan merujuk kepada kawan-kawan ofis yang sangat gilakan korea.
Aku memilih untuk mendownload episod-episod tersebut. Nanti boleh jadikan ubat tika bosan.
Weekend lepas, aku kembali teringat cerita Full House yang pernah (satu-satunya drama korea yang tonton sampai habis) aku tonton ketika aku di Uitm S.Alam. Aku kembali mencari siri drama tersebut. Aku lengkapkan balik cerita tersebut dalam koleksi aku. Baru sahaja menonton sampai episod 12. Dan kembali jatuh hati dengan Han Ji-eun. Haha. Si Naif yang positif.
Nanti malam ni nak habiskan semua episod. hahaha.

Wednesday, December 17, 2014
Fuhhh....fuhhhh
Assalamualaikum
Aku perasan, blog aku ni asek citer pasal keje je..
Keje...
Keje...
Keje...
Gambor...Gambor...Gambor...
Hahaha..
Skang setiap ari jumaat malam, harus terpacak di Royal Theater Shah Alam, shoot untuk grup Jalor : Maharaja Lawak Mega 2014. Memula dulu agak eksaited nak tengok show dorang, tapi dah 2-3 kali, rasa biasa je.
Tapi dorang memang best. Memang dekat luar pon kelakar. Sewel. Gila.
Minggu depan nih, nak balik kampung main banjir. Dah eksaited sangat nih. Musim banjir dah kat Terengganu. Lagipon isnin ni Ma aku balik dari umrah. Panjang karangan jugak aku tulis doa kirim kat ma aku. Hihihi...
Sabtu ni pulak Cik Kenari akan Kahwin. Alhamdulillah. Semoga semua yang baik2 sahaja.
Apa lagi nak update...
Tade dah kot.

Thursday, October 30, 2014
Cerita Bola Sepak Malaysia, Jovian Mandagie dan Cik Piah Sinar Fm....
Assalamualaikum
La ni dok kecoh pasal bola. Musim bola. Piala Malaysia. Orang Johor jupe orang Pahang. Aku idok lah kisoh sangat pasal bola Malaysia nih sebab aku tak minat sangat. Setiap kali aku tengok bola Malaysia, lebih banyak menyakitkan hati dari menghiburkan. Tapi itu lah standard kita. Daripada dok marah-marah, sakit-sakit hati bagai, baiklah aku buat benda lain yang lagi banyak pekdahnya.
Aku lebih tertarik dengan perangai penyokong-penyokong yang amat-terlalu-fanatik-bangat. Yang dok sibuk-sibuk jadi pahlawan-papan-kunci. Yang dok sibuk maki hamun sana sini. Mencarut tak tentu hala. Lebih manis bila keluar carutan dan makian dari sang gadis bertudung litup. Maka benarlah, tudung itu bukan pengukur tahap kecelikan otak.
Ouh, tak lupa juga dari mereka yang sudah cukup baligh untuk berfikir baik buruk.
Seolah kita ini Melayu yang mengaku Islam, sudah habis bahasa yang indah selain makian, carutan dan pelbagai kata kesat dalam perbendaharaan kosa kata kita Melayu Islam.
Dan itu baru bola. Belum bahasa politik yang lagi tinggi darjat carutannya.
***
Baru-baru ni dapat jemputan untuk shoot Jovian Mandagie. Aku sekadar kenal dengan namanya sahaja sebelum ni. Jemputan ni dari JovianistaClub iaitu kelab peminat official Jovian Mandagie. Antara yang hadir Julia Ziegler dan Cik Piah Sinar Fm.
Cute Cik Piah nih.
Apa pun, aku salute dengan pencapaian Jovian. Dari bukan sesiapa menjadi seseorang (aku pelik betul terjemahan melayu nih)
***
Dah la. Malas dah nak menaip.

Tuesday, October 14, 2014
Hasil kerja
Assalamualaikum
Malas nak menulis banyak-banyak...panjang-panjang...jamu mata udah la yer...
Ini antara hasil kerja yang sempat di upload di fb dan instagram..masih ada beberapa album lagi yang perlu disiapkan.
Kadang rasa tak terkejar. Tapi dalam masa yang sama, seronok. Buat apa yang kita suka...kan..
^_^
Assalamualaikum
Monday, September 8, 2014
Hapdet skit
Assalamualaikum
Lama sangat tak menulis disini. Bulan lepas update skali je. Nampak makin pemalas untuk menghapdet.
Aku baru je blajar teknik editing yang selama ni aku nakkkkkkkkkk sangat belajar.hehe
Tapi nak siapkan sekeping gambar guna teknik ni...azab jugak lah. Takkan kurang dari 20 layer...
Gigih sangat rasanya...
Jadi disini aku upload 2 keping gambar yang dah pun aku edit.
p.s - nanti dah terer leh wat kelas nih...hihihi

Subscribe to:
Posts (Atom)