Saturday, March 15, 2014

Kasih Sayang

Assalamualaikum

Kasih sayang.

Apa maknanya?Apakah maksudnya?

Ramai dari kita punya interpretasi yang tersendiri. Ia sesuatu yang sepatutnya indah. Suatu perasaan yang sepatutnya dengan penuh kelembutan. Perasaan ingin mengambil berat.

Perasaan ini terlalu universal. Mencakupi segenap ruang kehidupan. Boleh jadi kasih sayang pada binatang. Kasih sayang pada teman-teman. Kasih sayang pada keluarga. Kasih sayang pada Yang Maha Pencipta.

Namun kadang disebabkan perasaan ini, kita jadi buta. Kita jadi sasau. Buat kita tersasar dengan tindakan-tindakan yang tak sepatutnya.

Kadang perasaan ini buat kita tidak mampu untuk berfikir. Dengan waras.

Bukan orang lain. Aku juga kadang begitu.

Tapi, walau apa pun kesilapan kita, walau sebesar mana pun masalah kita, it won't last forever.Ain't?

Apa yang penting, bukan memandang kesalahan tapi memandang langkah untuk terus kedepan. Kesilapan tetap akan menjadi kesilapan. Terpulang samada kita untuk terus meratap menyesal atau kita cuba kembali positif. Memandang terus kedepan. Jadikan kesilapan sebagai pengajaran. Dan bertekad untuk tidak lagi mengulanginya.

Lagipun seperti yang aku selalu tulis, aku selalu sebut,

KITA SEMUA HANYA MANUSIA. BUKAN MALAIKAT.

Pasti kita akan melakukan kesilapan sepanjang kehidupan.

Mohon maaf dan maafkan.

Teruskan melangkah. Terus menghadap segala yang didepan. Jangan berputus asa. Jangan gentar. Jangan melarikan diri.

Cuma teruslah tabah. Teruslah positif.

"Hidup ini tiada sesuatu pun yang kekal. Nikmatilah masa bahagia kerna ia akan berlalu. Namun jika melalui masa yang sakit, jangan risau. Itu juga tidak akan kekal"

3 comments:

faizal.muzni said...

Sayangkan bunga, ia akan layu. Sesuatu yang terlalu subjektif bila berbicara tentang kasih sayang. Benar kasih-sayang dalam ertikata yang meluas. Acap kalinya ia dibincangkan sekitar perasaan di antara lelaki dan wanita. Perasaan mengambil berat sinonim dengan pertanyaan khabaran dan perkara yang dia sedang lakukan. Sedar atau tidak perasaan ambil berat ini amat mengganggu "privasi" dan ketenteraman dia. Apatah lagi jika ada di dalam hati dia yang kurang selesa sehingga suatu hari akan menjadi kebencian jika diteruskan.
Maka jelas dengan setiap langkah yang dibuat oleh dia untuk difikirkan lalu memberi ruang kepadanya untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Dia mungkin tak mau memikirkan yang remeh temeh kerana sibuk memikirkan hubungannya dengan penciptanya.

Unknown said...

=)

Semoga semua baik-baik saja..
kan?

^_^

mzfaizal said...

Petik lalu ambil bunga kalau sukakannya, Biar bunga kembang mekar jika mencintainya. Sesuatu yang sukar untuk diputuskan oleh bunga. Layu dipetik orang atau layu di tangkainya.