Saturday, November 29, 2008

First Tag

1. 7 Fakta tentang saya
  • suka baca komik,novel thriller,suratkhabar & lain2.
  • sgt2 suka pada anime.
  • x reti diam bila mula bercakap...
  • x suka tempat sesak
  • suka muzik & alatan muzik
  • nescafeeeeeee
  • tak hensem...tp cukup sifat..alhamdulillah..
2. 7 perkara menakutkan saya di dunia
  • menghadapi kematian ahli keluarga...
  • takut belum mati semasa keluar nya dajal..(imanku cukup lemah)
  • bila mak aku sebut "bila ko nak kawen nih?"
  • bila aku bc kes2 rogol..mintak dijauhkan bende2 camtu dr keluarga aku
  • bila tgk pempuan pakai tudung tapi pakai baju sendat n seluar yg nmpk seluar dlm..mintak jauh bende2 camtuh dr jd kat adik pempuan aku...
  • mati x sempat bertobat..
  • bila pikir masa depan...
3. 7 lagu wat masa sekarang
  • Siapakah Kita - Jinbara
  • Cinta Kamu (rasa2nyer lah..x sure) - Jinbara
  • The Truth Beneath The Rose - Within Temptation
  • Anak - Freddie (nama dier tu jer aku igt..lagu lama)
  • Lady Marmelade - (aku lupa band aper..dlm album Junk Album..band S'pore)
  • Liberator - Force Vomit
  • He's No Longer - Force Vomit
4. 7 perkara selalu disebut
  • sengal..
  • dowl..
  • cam sial....
  • yaaakkkk!!!
  • laaaaaaaa....
  • per kes??
  • lantak lah...
5. 7 perkara yg amat bernilai
  • My Family
  • Kawan2..
  • Pc aku..
  • Tutorial2 photoshop,illust,3d studio max & lain2
  • Koleksi komik2 dan novel2
  • Koleksi editing pic...
  • Koleksi anime & figure2
6. 7 pertama kali dalam hidup saya
  • Ditangkap mencuri masa darjah 4..ahahah...
  • Duduk kat Hostel masa Diploma kat Machang,Kelantan
  • Eksiden motor masa tingkatan 1..
  • Bawak kete masa tingkatan 2
  • Tgk makcik aku yg aku x penah tgk menangis,tetiba menangis bila dpt tau aku dpt pangkat 1 masa SPM...
  • Peluk ayah kandung aku..11/11/2008..
  • Dpt adik pempuan masa darjah 5
7. 7 orang bertuah sambung tag ni....
  • saper nak sambung..sambung jer lah..malas nak tag..hehe

Sunday, November 23, 2008

Apabila Zina Lebih Mudah Dari Kahwin

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat Islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah SWT.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumah tangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-kerenah yang pelbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-kerenah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi SAW: “Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam erti kata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mi pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya: “Kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?” Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya. Sepatutnya si bapa bertanya: “Kau dah ada pasangan ke?” Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam Rukun Nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi SAW bersabda: “Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Kursus kahwin
Saya bukan antikursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, khususnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh profesional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara, penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru semakin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah). Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355). Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Berkahwin
Setelah berkahwin, rumah tangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai-bagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr. Karim ‘Abd al-Karim Zaidan: “Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah...Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi‘in” (al-Mufassal, 7/217). Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”. Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah: “Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (fasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada suami sengaja atau tidak sengaja”. (Ibid 8/439). Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumah tangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumah tangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah birokrasi mahkamah. Hakim barangkali ringan lidahnya menyebut: “Kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagiaan dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Petikan Dari : Minda Mufti [Mufti Kerajaan Perlis]

Sunday, November 9, 2008

Anak..

semasa engkau dilahirkan
kabul sudah satu impian
impian nyata kurnia ilahi

engkau anak istimewa
kebahagiaan ibu ayah
bila menangis dan juga ketawa

hai anak kau tak mengerti
betapa mulia pengorbanan mereka
memberikan kasih sayang
agar dapat menikmati
dunia

masa silih berganti
kau membesar tak disedari
cepat sungguh kau pandai bicara

apa yang telah terjadi
pada mereka kau durhaka
mengapa begitu apakah salahnya

hai anak kau tak mengerti
betapa mulia pengorbanan mereka
memberikan kasih sayang
agar dapat menikmati
dunia

kini kau telah tersesat
hilang diri dan pedoman
tak seorang pun yang mengambil
tahu

dan kini engkau menangis
ibu ayah menghampiri
walau engkau telah terpesong jauh

hai anak kau tak mengerti
betapa mulia pengorbanan mereka
memberikan kasih sayang
agar dapat menikmati
dunia

Sunday, October 26, 2008

2 mingg[U] sele[P]as ra[Y]a

Assalamualaikum...

Pejam celik...pejam celik..dah hampir 2 minggu aku keje lepas raya...dan pada aku..ini merupakan antara minggu yang amat2 bizi...sangat2 memenatkan..sangat2 memerah keringat dr hujung kepala ku yang kian kurang rambut sampai lah ke hujung kasut ku yang dah makin terkoyak..

Alhamdulillah...banyak keje means banyak projek...banyak projek means banyak income..(kompeni..bukan aku)...harap2 dapat lah bonus ker aper...yang terbaru..projek India buses under SCHOMI GROUP,baby seat for Suria Energy Advance Technology company,ISUZU truck & Mitsubishi FUSO...2-3 ari lepas aku kena bentangkan kertas kerja research yang telah aku wat..
Alhamdulillah..customer sgt2 puas ati...dan paling membanggakan aku..aku speaking dr awal smpi abes pembentangan....hahahahah..pandai gak aku ckp bahasa penjajah tuh..(walopon dgn keadaan broken yg amat)hahahaha....

InsyaAllah..bulan nih slip gaji aku skali lagi berubah...(kali ke-2 utk tahun ni)..Alhamdulillah..
harap tahun depan berubah lagi....hehehe...cuma baru2 nih aku sedikit tersentak...baru ku sedar aku menghabiskan duit ku tak kurang dr RM200 sebulan utk membeli ROKOK!!!wow...satu amaun yg cukup2 byk...siul..(kena cari jln benti merokok cecepat)..aku mula rasa sengal jap..dan aku dipertemukan jalan utk sementara waktu before benti...aku jupe lubang rokok murah...(DUTY NOT PAID..sebagaimana tertera di kotak)..hahaha..aku kira2 balik..aku jimat hampir RM150 utk sebulan..wow..satu perkembangan yg cukup bagus...hahaha..

erm..kepada benz yang aku selalu belek blog dier..."dah2 lah menyengalkan diri kamu"...hahaha..ko kena cari pengganti cecepat benz...dah ader org nak tuh..sambar jerk..bak kata komen aku.."ko tu pon bukan nyer muda lagi"..& kalo ko dah xmo tgk muka makcik yg ko gi raya tuh(yg bg ayat "tahun depan ntah ader ntah tidak kamu ni")..cecepat lah kawen...hahahah

*erin..aku rasa aku mcm penah tgk pic stereng tuh kat blog automotif...OMG...ko pakai kete mahal tuh???wow...

Friday, October 10, 2008

Perihal Aku...

Assalamualaikum...

Sebenarnya malam nih aku tade aper nk citer..cuma rasa kebosanan yang makin mendalam menjuruskan aku ke lembah per'blog'an...heheh...

Ari nih first day aku start keje lepas raya..(aku cuti hampir 2 weeks)..hehe..Tade aper sgt yg berlaku kat opis..cuma dpt assignment baru..research utk Baby Seat...& dikerahkan..A.S.A.P!!hehe..Satu lagi keje ialah siapkan History Booklet...Seb bek dah separuh jalan siap before raya..heheh..Besok (sabtu 11/10/08) aku kuar wat research...maybe kat jusco or somewhere else..dun know yet..tapi aku kuar ngan dak marketing..Rizal..so aku plan..tangkap pic kejap..pastuh tgk wayang..aku rasa dah berkurun lama aku tak tgk wayang..hehehe...tatau agi nk tgk citer per..lagi pun aku bukan fanatik movie..cuma utk lepaskan tension..hehe..

Hrmm..next week aku rasa adalah minggu yang paling best akan mendatang..hahaha..coz aku nyer H.O.D (Head Of Department), gi China.so..makin banyak lah masa untuk aku mengular..Ia sesungguhnyer satu nikmat yang amat besar bagi pekerja yang PEMALAS cam aku nih...hahaha..

Dalam bulan puasa arituh..aku ader isi form untuk kerja..so..For the next 2 month..aku tunggu panggilan interbiu or exam..Ekceli..aku rasa sonok keje kat tempat aku skang..Tapi skang nih aku dah rasa stuck..Paler otak dah jem..coz..balik-balik keje yang sama..DAN IANYA MEMBUATKAN AKU BOSAN!!..tengoklah yang mana dapat..Kalo aku rasa itu yang terbaik..aku pegi..But i do hope..cita-cita aku untuk jadi pensyarah(bukan CHEGU) akan tercapai...InsyaAllah..amin..

Dulu minat nak jadi bisnesman..(darah muda..tgh semangat)..tapi bila aku dah lompat dalam dunia nih..aku rasa aku belum betul2 bersedia...ditambah lak dengan keadaan eko-no-money negara skang...AKU RASA SEBU+LEMBAP!!..Jadi..aku amik keputusan..tangguhkan dulu (bukan tinggalkan)..

Orait..tu jer kot...len kali update lagi...biarlah tulisan si khilaf ini berhenti sejenak disini..
Assalamualaikum..

"Kegelapan mencemerlangkan bintang-bintang..Kesedihan mencemerlangkan Insan-insan"

Wednesday, October 8, 2008

Bila Tua...

Assalamualaikum...

Pada hari raya yang lepas...aku berkesempatan menjenguk
datuk & nenek saudara ku...mereka berdua agak rapat denganku.
Dan setiap kali pulang ke kg..aku tak penah lupa untuk
menjenguk mereka berdua.. (mungkin disebabkan aku dah takder
atuk & nenek)..

Mereka berdua merupakan pasangan yang amat2 aku kagumi..
terutama atuk yang sentiasa sabar..melayan segala karenah
nenek..dan tak pernah merungut dalam menjaga nenek...

Telah ditakdirkan mereka berdua tidak dikurniakan anak
sepanjang mereka bergelar suami isteri..mereka hanya mempunyai
dua anak angkat perempuan..dan kedua2 nyer adalah anak
saudara mereka..salah seorangnyer adalah makcik aku..

Mereka mampu menjaga 2 orang anak itu..makan pakai,sekolah,
ilmu agama tak pernah mereka abaikan.Dari mereka kecil hingga
mereka kahwin..dan aku nampak...ITULAH KASIH SAYANG IBU BAPA.

Namun sekarang usia mereka makin beranjak..makin uzur..
nenek tak lagi mampu untuk berjalan..sekadar duduk dan
mengensot.Nenek juga telah lupa siapa aku..hrmm..
Atuk pula selalu lelah..dan mereka terus
hidup berdua..tanpa ditemani oleh anak2 yang mereka
besarkan...DAN AKU SEDIH UNTUK ITU.

Dalam rumah usang yang mereka dirikan dulu..mereka terus
berdua melayari hidup..ketika aku sampai...aku hulurkan salam
sambil nenek bertanya "ko siapa??".."anak maimun"..
"maimun mana?"...hrm...aku temankan mereka berborak...sampai
satu detik..atuk berganjak ke dapur..dalam lelah..
aku lihat atuk sedang memasak makanan untuk makan malam..
UNTUK ISTERI YANG TERSAYANG.
dan aku SEBAK ketika itu...Apakah aku mampu untuk mengasihi
isteriku sepertimana atukku??Apakah aku juga akan ditinggalkan
anak-anak??

Dan aku cuba untuk mencontohi atuk saudara ku itu dalam
mengasihi bakal isteriku...dan aku berharap..anak-anakku..
takkan melupakan aku bila aku sudah tua...

IBU BAPA BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK NAMUN BELUM TENTU
10 ORANG ANAK MAMPU UNTUK MENJAGA IBU BAPA!!

Dara...

Assalamualaikum...

Erm..Baru-baru ni aku dapat satu soalan yang dah lama dan dah
biasa aku dengar..namun aku tak penah tulis or kuarkan
stetmen secara bertulis dalam mana2 blog mahupun kad laporan
tahunan...heheh...

"Sudi terima ke PEREMPUAN YANG TAKDER DARA??"

Hrmm...kalo mengikut pendapat aku..AKU TERIMA..mungkin
ramai laki yang takleh terima (mungkin)..tapi pada pendapat
aku..apa yang hendak dikesahkan sangat sama ada dara atau
tidak...memang kalo ikut secara tradisi..DARA ITU LAMBANG
KESUCIAN..dan aku akur pada kenyataan itu...

Tapi bila pikir2 balik...pada aku kesucian bukan sekadar
terletak pada DARA ATAU TAK..kesucian itu letaknya
pada perangai...kesucian itu letaknya pada akhlak..
DARA itu hanyalah satu simbol..yang boleh musnah tanpa
kerelaan, kesilapan masa lampau atau sesuatu tanpa disengajakan.

Macam apa yang aku tulis dulu...aku terima perempuan itu
seadanya dia...kalo dah ditakdirkan dia bukan DARA pada masa
aku kenal..namun perangai nyer telah berubah dan aku
sendiri dah sayang..apa perlu difikirkan tentang DARA??
DARA itu sendiri bukan leh pakai sampai tua..kan??huhuhu..
Buat2 projek pastu pagi ada DARA balik..ada ker??hahaha...

Apa guna DARA kalo dah kawen menyakitkan hati??Apa guna DARA
kawen esok lusa cerai???Apa guna DARA kalo laki balik keje
tiap2 ari kene bebel dan menghadap muka yang masam???
kan....???hehehe...

Dan aku sebagai laki...adakah aku cukup sempurna untuk
mendapatkan jodoh yang sempurna or hampir sempurna??
hehe..muka tak ensem,duit tade..kete tade...dan
ketidaksempurnaan aku ini...aku rasa tak perlu
untuk aku mengharap pada sesuatu yang sempurna...hehe

Dan untuk itu aku sekali lagi percaya...

"TERIMALAH DIA SEADANYA DIA"