Tuesday, January 1, 2013

2013

Selamat datang 2013..selamat pergi 2012.

Sepanjang tahun yang berlalu, pelbagai pengalaman dan pelajaran yang kita kutip.Dari rasa manis sehingga pahitnya jiwa.

Dari rasa riang berwarna hingga pilu yang kelabu.

Namun itu lah yang membentuk diri kita pada hari ini.

Kadang kita lupa untuk terbang apabila kita tersungkur ke tanah. Sedang mata memandang ke tinggi awan.

Kadang kita lupa untuk menjengah ke bawah tatkala tangan menyapu awan. Apa agaknya perasaan mereka yang dibawah tatkala memandang kita yang terbang nun jauh di atas.

Dan kita sebagai manusia takkan pernah lepas dari sifat lupa. Kerana itulah kita. Manusia.

Banyak juga yang aku pelajari. Kini mungkin lebih berhati apabila berkata. Mungkin kini aku lebih berfikir sebelum menunjukkan reaksi. Mungkin juga kini aku lebih suka tersenyum dari bergelak tawa.

"berkatalah yang baik atau lebih baik diam".

Semoga tahun menghadap, kita akan mencapai apa yang kita inginkan. Jika tidak, serah saja padaNYA. Dia lebih mengetahui.

No comments: