Thursday, January 10, 2013

Melayu Yang Terlupa

Aku merenung almari kaca dihadapanku. Terlihat dalam pandanganku pelbagai perkakas yang terbaru untuk atasriba dan atasmeja. Sekadar mencuci mata kerana helaian kertas bernilai tidak dibawa secukupnya. Hanya cukup untuk  sebuah sarung diskkeras.

Aku terus melilaukan mataku. Terdapat dua tiga pelanggan yang sedang melihat dan memilih. Ada juga yang ku lihat termenung. Samada pening untuk memilih atau pening kerana bajet yang tidak mencukupi, aku tidak tahu. Malah mungkin tidak pernah peduli.

"dey cha!!ini u punya barang.."laung seorang India di kaunter. Dia adalah tuan punya kedai komputer. Aku berjalan perlahan persis seorang lelaki malaya macho yang sedang jalankucing dipentas peragaan di Kotaraya Paris.

"Berapa?"Tanya ku ringkas dan padat.

"tigapuluh ringgit"Balas beliau penuh jitu. Bab duit je mesti padu ayat.

Aku menyelak-nyelak helaian kertas bernilai dalam dompetku dan menghulur secukupnya.Sebagai seorang yang telah dididik dengan adab dan moral dari kecil, aku mengucapkan "thank you" pada pemilik kedai itu.

"sama-sama" balas beliau.

Aku terpegun.

Aku yang melayu atau beliau yang melayu?

No comments: