Wednesday, January 2, 2013

Membaca Dan Menulis

Membaca...

Salah satu dari hobi aku. Seolah hidup aku tidak lengkap tanpa bahan bacaan. Apa sahaj asalkan aku dapat membaca. Sekurangnya sehelai akhbar.

Minat membaca dipupuk oleh arwah Pa aku. Dengan komik pertama yang aku kenal - Doraemon. Walaupun berulangkali Ma memarahi aku akibat kegilaan aku dengan komik doreamon. Satu makhluk berwarna biru berpoket putih yang terisi segala macam alat-alat untuk memudahkan segala hal.

Aku sangat menyukai alat  Pintu Suka Hati yang boleh membawa kita kemana sahaja dengan hanya membuka pintu tersebut. Cuma Nobita terlupa untuk mencuba ke destinasi yang satu itu - kubur.
Selain itu aku suka dengan Mesin Merentas Masa. Aku teringin untuk kembali ke zaman dinasor. Teringin nak lumba lari dengan T-rex. Aku juga menyukai Lampu Pengecil yang boleh mengecilkan barang. Senang aku nak tukar kerjaya jadi MatBond. Tapi sayang Doraemon belum berjaya dicipta oleh orang Jepun pada hakikat dunia sebenar sehingga hari ini walaupun kartun Doraemon telah wujud sekitar 90-an.

Komik pertama yang dibeli sendiri adalah Dendam Kesumat episod 1 ketika aku darjah 2. Punya lah terpengaruh dengan Hang Nawa ( aku bajet diorang terpengaruh dengan Hang Tuah). Tambah lagi sekitar tahun-tahun itu ada rancangan di telibesen - Slot Pendekar. Betul-betul mempengaruhi aku. Terutama cerita berjudul Pedang Maut. Dan aku mula mempelajari stunt-stunt gerak pendekar (ekceli lebih ke arah KungFu). Dengan aksi terbang-terbang dan hunusan pedang yang mengancam, aku melakukan pelbagai aksi di sekolah. Dan pada akhir harinya aku kerap dimarahi Ma ketika pulang sekolah kerana seluar ku di bahagian punggung selalu terkoyak akibat jurus-jurus kakiku yang luas.

Novel pertama dibeli adalah Sesejuk Musim Di Colombia dan Tuai Padi Antara Masak semasa darjah 5. Aku mula mempelajari skil menulis surat dari watak utama (opkos hero) iaitu Kay. Nama pon dah cukup hensem. Mungkin hanya sedikit kurang hensem berbanding aku sekarang.

Dan minat membaca tak pernah padam sehingga hari ini. Dan mulai mendapat galakkan untuk menulis cerpen/novel. Menulis dan membaca adalah dua perkara yang sangat berbeza. Membaca itu lebih senang dari menulis.Membaca itu download. Menulis itu upload.


No comments: