Tuesday, January 8, 2013

Aku Bercerita - Ramlee Awang Murshid

Telah berjaya menamatkan pembacaan novel RAM  terbaru - Aku Bercerita.

Satu karya yang unik. RAM sentiasa tampil dengan wajah yang penuh kelainan dalam setiap lewat karya beliau. Namun beliau tidak pernah mengubah salah satu konsep yang diterapkan dalam setiap karya sebelum ini - Berdakwah.

Karya terbaru beliau ini harus ku akui agak lelah jiwa untuk menghabiskannya terutama pada pengkisahan Sang Kancil. Sang Kancil  yang menjadi cerita rakyat turun temurun mengenai kecerdikan dan kepintarannya. Namun ramai yang tidak tahu disebalik kepintarannya tersembunyi satu sifat - Sadis Dan Kejam.

Aku seperti membaca antalogi cerpen / short story di dalam Aku Bercerita. Namun setiap pengkisahan disambung oleh watak 'Aku' sebagai pengantara antara setiap kisah. Siapa "aku"?

Karya terbaru ini juga adalah mengenai kisah sebenar Ramlee Awang Murshid dan telah diadun dengan rencah-rencah imaginasi yang di luar keterbatasan logikal fikiran.

Dan aku paling tertarik dengan kisah Bunian. Dan penamat paling menarik tentulah untuk watak "aku" itu sendiri.

Menunggu karya seterusnya kerana menurut RAM, karya seterusnya akan mengumpulkan watak-watak utama dalam karya-karya sebelum ini seperti Sunan, Tombiruo, Ken Wattanabe, Hilman dan ramai lagi dalam satu karya. Penuh keterujaan menunggu aksi seterusnya dari Sunan dan Tombiruo!! Watak antagonis manakah pula akan dipilih untuk diangkat menjadi seteru pada semua watak-watak baik tersebut? Nyi Burga Kelarai, Thagut, Zonan atau "aku"?

Harus terus sabar menunggu...

No comments: